Perkongsian Ilmu Bagi Mereka Yang
Cintakan Ilmu
Cintakan Ilmu
Pendaftaran adalah dibuka. Sila klik butang daftar bagi seminar atau kursus berkenaan. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi/whatsapp/sms 0192308080


Seminar Menghafal Al Quran Dari Bayi, Johor Bahru 2013

Seminar Keibubapaan Parenting Al Fateh, Shah Alam 2013

Seminar Menghafal Al Quran Dari Bayi, Shah Alam 2013












5 November 2016 (9am - 5pm)
Anda pernah terfikir untuk mengetahui adakah masa depan mereka yang bergelar huffaz ini selain berguna di Masjid dan di Majlis keraian Islam? Pernahkah terfikir ada yang telah menyandang gelaran ini dan kini berkecimpung dalam bidang profesional? Bagaimanakah anak-anak ini dididik dari kecil? Apakah petua dan tips? Untuk mengetahui lebih lanjut, jemput untuk menghadiri seminar Profesional Quranic Masterplan
Sesi Pagi : Quranic Masterplan DarwishDarwisya
Sesi Petang : Homeschooling DarwishDarwisya
Akan diadakan di Shah Alam pada 3 Sept 2016. Seminar satu hari ini akan menjadi panduan untuk ibubapa dalam merancang masa depan anak mereka sendiri. Ia juga akan memberi inspirasi dan motivasi
5 November 2016 (2pm - 5pm)
Antara topik yang akan dibincangkan adalah : 1. Kenapa mereka tidak bersekolah atau memasuki tahfiz? 2. Bagaimana jadual mereka 3. Apa ilmu selain al Quran dan Bagaimana mereka mendapatkannya 4. Bagaimana mereka memahami al Quran dengan menggunakan flowchart 5. Apakah perancangan masa depan untuk mereka?
Keahlian Untuk 3 Bulan
Ini adalah seminar utama IPN - Mengajar menghafal Al Quran Dari Bayi Kaedah DarwishDarwisya. Antara perkongsian adalah bagaimana saya mengajar anak saya menghafal 30 surah terakhir pada umur mereka 3 tahun. Ia membincangkan bagaimana bermula dan apakah langkah-langkahnya.
Jika anda mempunyai banyak halangan untuk hadir ke seminar kami secara live, cara lain untuk mendapatkan ilmu ini adalah melalui Tutorial Online kami. Keterangan lanjut tentang kaedah ini serta video tips percuma, boleh layari website ini (sila klik)
24 September 2016
Bengkel 2 sesi dalam satu hari ini akan mengajar ibubapa tentang kebolehan minda kita sendiri yang boleh dilatih untuk mengingat. Antara yang akan diajar adalah mengingat 20 perkara dalam keadaan teratur dan keadaan rambang. Memory pegging, memory linking, photographic memory dan juga asas speed reading yang boleh diajar untuk kanak-kanak. Harga adalah RM70 untuk seorang. untuk sesi pagi.
Untuk sesi petang, ia adalah crash course mental arithmetic dimana ibubapa akan diajar kaedah melakukan operasi abacus kemudian ianya boleh diajar hingga ke tahap mental arithmetic pada kanak-kanak.
13 Mac 2016
Jika ada sesiapa punya anak-anak yang sudah selalu membaca surah al Kahfi, apa kata anak kita berjumpa pula rakan sebaya mereka! Rakan sebaya yang ada membaca dan ada menghafal surah yang sama!
Aura kanak-kanak yang sebaya tidak boleh dinafikan memberi kelainan kepada kanak-kanak berbanding jika mereka bersama orang dewasa. Pemerhatian mereka akan menjadi memori dalam ingatan mereka selamanya.
Untuk Senarai Cawangan Kelas Mental Arithmetic
Untuk Kanak-Kanak, Boleh layari Senarai di Link dibawah



Kursus 'Train The Trainer' ini adalah untuk melahirkan lebih ramai ibubapa yang berminat bukan sahaja untuk mengajar anak sendiri, malah berminat untuk mengajar kanak-kanak sebaya dengan anak mereka di kawasan persekitaran rumah mereka. Tadika dan taska juga dialu-alukan untuk menceburi bidang perniagaan pendidikan ini sambil melahirkan generasi muslim yang cinta dengan ilmu matematik.

Kongsikan Kursus Bermanfaat ini Dengan Kenalan Anda...